Hadith:
Daripada Usamah RA bahawa Nabi SAW berjalan melalui sesuatu majlis, yang di dalam majlis itu bercampur antara orang Islam, orang musyrik yang menyembah berhala dan orang-orang yahudi lalu Nabi SAW memberi salam kepada mereka.
Huraian Hadith:
Sunat memberi salam kepada semua orang yang berada di dalam sesuatu majlis walaupun terdapat orang kafir tetapi diniatkan ucapan salam itu kepada orang Islam sahaja.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Sumber: e-hadith
Categories
Adat Memberi Salam
